Ads 468x60px

Featured Posts

Welcome To Senior Methodist Girls' School Official Site!

02 January 2017

Jadual Waktu Persekolahan dan Aktiviti Kokurikulum 2017

Berikut adalah jadual  waktu persekolahan dan jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum SMK (P) Methodist, KL bagi tahun 2017.

Diharap tuan/puan dapat menguruskan pengankutan supaya anak tuan/puan dapat datang dan balik mengikut masa-masa yang telah ditetapkan.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Jadual Waktu Persekolahan

Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Orientasi Murid Tingkatan 1 2017

Sedar tak sedar sesi persekolahan bagi tahun 2017 sudah hendak bermula. Maka banyak persiapan yang dilakukan oleh pihak sekolah sebagai persediaan untuk persekolahan. Antaranya adalah seperti majlis yang diadakan pada 30 Disember 2016 yang lepas, di mana majlis orientasi untuk murid tingkatan 1 tahun 2017 telah diadakan.

Terima kasih diucapkan kepada pengawas dan murid yang turut sama membantu guru bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Suasana semasa pendaftaran

28 December 2016

Aktiviti Sempena Ulang Tahun Ke-120 Tahun MGSKL

Tahun 2016 merupakan tarikh keramat kerana SMK (P) Methodist Kuala Lumpur telah berusia 120 tahun.
Pelbagai aktiviti dijalankan sempena sepanjang tahun antaranya Majlis Founders' day, Gala Dinner, Majlis Anugerah Cemerlang, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Acara Larian.


20 December 2016

Keputusan PT3 Tahun 2016 MGSKL

Pada tanggal 19 Disember 2016 keputusan peperiksaan PT3 telah diumumkan. Tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Kepada semua calon, jadikan pengalaman peperiksaan PT3 ini sebagai motivasi untuk peperiksaan seterusnya.

Pelajar mendapat 10A

  1. Afita - 3M
  2. Afshan Marliya - 3M

    Pelajar mendapat 9A
    1. Sachini a/p Elanggovan - 3M
    2. Sadhna Thrukkumar - 3M

      02 November 2016

      Persaraan Cik Nirmala a/p Velupillay (Guru)

      Montaj Persaraan Cik Nirmala a/p Velupillay, Guru SMK (P) Methodist, KL. Majlis berlangsung dengan gemilangnya pada 2 November 2016 di Dewan Mabel Marsh.

       Dengan perkhidmatan selama 18 tahun di MGSKL, amat besar jasa yang telah ditaburkan di sekolah ini. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga yang tersayang

       -Warga MGSKL