Ads 468x60px

Principal's Message

Salam Sehati Sejiwa
                  Welcome back to an exciting new year. I hope teachers and students share my enthusiasm in looking forward to a year of discovery, creativity and innovation. I would like to thank all teachers and staff for their commitment and dedication that ensured a successful 2016.
                  The main focus for MGS this year will be 21st century learning.  We have to work towards bringing the “Four Cs” to life in our classroom, i.e creativity, critical thinking, communication and collaboration.  Many of us may have started this process already, but we must all work together to improve our 21st century practices. It is clear that our school systems need to respond better to a changing world. Franklin D. Roosevelt once said, “We cannot build the future for our youth—but we can build our youth for the future.”
                  Preparing students for 21st century learning and citizenship is a team effort, therefore we need to work together. Students must not only be prepared for future education and work, but for their role in the world around them. We must realize the need to ensure that our students are able to lead themselves in their learning process.
                  The shift of being the fountain of all knowledge to one that facilitates learning can be daunting to some of us. Therefore PLC and in-house training play an important part in helping us to develop knowledge, skills and character needed to assist students in learning for themselves.
                  Our school programs will be tailored to develop our students according to the aspirations in the Malaysian Education Blueprint 2013-2025, knowledge, thinking skills, leadership skills, bilingual proficiency, ethics and spirituality and national identity.
To meet these demands, some of the committees have been restructured this year to manage the operation of the school and its resources in an effective and accountable manner. Let us aim for continuous improvement in every aspect and propel MGS towards excellence.
Onwards, Onwards MGS!

#####

Salam Sehati Sejiwa
                  Selamat kembali bertugas dan semoga anda semua sudah bersedia untuk menghadapi tahun baru ini  dengan penuh iltizam dan keazaman menempah kecemerlangan.  Adalah diharapkan 2017 bakal membawa banyak perubahan dalam bentuk penemuan, kreativiti dan inovasi. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua guru atas komitmen dan dedikasi yang telah membawa kejayaan dalam pelbagai bidang bagi tahun 2016.
                  Fokus utama SMK (P) Methodist untuk tahun ini adalah pembelajaran Abad 21. Kita harus berusaha untuk menghidupkan kemahiran abad 21 dalam bilik darjah, iaitu, kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi dan kolaborasi. Walaupun ramai antara kita yang sudah pun memulakan proses ini, kita masih perlu bekerjasama untuk meningkatkan amalan-amalan abad 21. Sistem persekolahan kita perlu lebih mantap dalam menghadapi dunia yang kian berubah.
                  Franklin D. Roosevelt pernah berkata, “Kita tidak pasti boleh membangun masa depan untuk generasi muda kita, tetapi kita boleh membangun generasi muda kita untuk menghadapi masa depan”
                  Kita perlu berusaha bersama sebagai satu pasukan untuk menyediakan murid-murid kita untuk pembelajaran abad 21 serta kewarganegaraan abad 21. Murid-murid bukan sahaja perlu dipupuk untuk pendidikan lanjutan atau untuk dunia pekerjaan tetapi lebih lagi adalah untuk memegang peranan yang penting dalam perkembangan dunia kini. Kita perlu memastikan anak-anak murid kita dapat memimpin diri sendiri dalam proses pembelajaran mereka.
                  Perubahan peranan guru daripada menjadi sumber ilmu yang utama kepada seorang pemudahcara kemungkinan akan menimbulkan kerungsingan dalam kalangan beberapa orang guru. Komuniti Pembelajaran Profesional serta LADAP yang dirancang dengan teliti boleh mengukuhkan  ilmu, kemahiran dan sahsiah seseorang guru dalam  membantu anak-anak murid belajar untuk diri mereka sendiri.
                  Semua program sekolah dirancang khas untuk memenuhi enam aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 – 2025) iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
                  Sebagai langkah untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, jawatankuasa-jawatankuasa sekolah telah dirombak semula untuk memastikan pengurusan sekolah serta pengurusan sumber-sumber yang ada dilaksanakan dengan berkesan dan berakauntabiliti. Marilah kita berusaha ke arah penambahbaikan dalam semua aspek demi kecemerlangan SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur.

Onwards, Onwards MGS!