Ads 468x60px

Principal's Message - Pn. Chong


Shalom and Happy New Year!

        Welcome back to Sr MGSKL to continue to serve in this beloved school. New Year always marks a cheerful fresh start of all things but with some measures of uncertainty. I hope all of us are excited with the prospect of gathering many new experiences in 2018. Let us also boldly approach the challenges of uncertainty by equipping ourselves in providing our best services. May God grant us success as we strive to improve ourselves in providing quality and wholesome education to our students in Sr MGSKL.

        Schools are the centres to develop human capital that will drive the nation's future. The goal of making Malaysia a developed nation is highly dependent on the ability of the educators who are armed with first-class knowledge and competitive skills to develop the students. The National Education Philosophy and Malaysia's Education Development Plan (2013-2025) has outlined a clear vision for educators to plan and implement activities which have high impact on academic performance, co-curricular excellence and character development for our students. Therefore, teachers need to enlarge knowledge and improve skills in training our students to be creative and innovative in order to fulfill the present and future needs. The pursuit of educators in creating human capital will help to increase the competitiveness of the nation, boosting economic growth and making the nation a high-income nation.

        The Malaysian Education Development Plan is in the second wave (2016-2020) of its implementation. MOE has initiated many changes to accelerate the improvement of the country's education system. As educators we should embrace this transformation with an open mind and do our best to implement it to achieve the desired vision of this nation.

        Effective learning is an ongoing process of gathering information and experience. Educators plan and implement the 21st Century Learning will impact students to become more creative and critical in thinking, communicative and collaborative learners. In addition, ICT integration in the teaching and learning process and various technological innovations enables students to quickly access information. In the era of globalization, our students need to equip themselves with the latest information in respond to the advancement of new technologies.

        Let us gear ourselves to be effective instructional leaders in this school by implementing a comprehensive strategic plan, curriculum management, systematic assessment and constructive evaluation and continuous professional development. I hope the programs and activities undertaken this year will bring Sr MGSKL to greater heights.

        We appreciate the Board of Governor, PTA, Alumni, JPW Kuala Lumpur, PPW Bangsar and Pudu and all parties for their support and contribution to the school. These collaborative efforts need to be continued in order to achieve greater success in future. Last but not least, a special thanks to the committee who has succeeded in producing this manual as a reference to all of us this year. Let us therefore carry out our due responsibility with high integrity.
Onward, Onward MGS.

--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_--_

Salam Sejahtera dan Tahun Baru!

        Selamat kembali ke SMK (P) Methodist Kuala Lumpur untuk meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Tahun Baru menandakan permulaan baru yang segar dengan harapan disamping membawa cabaran baru. Semoga para pendidik dapat memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK (P) Methodist Kuala Lumpur pada tahun 2018.

        Sesungguhnya, Sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Hasrat Malaysia menjadikan sebuah negara maju bergantung kepada warga sekolah terutamanya para pendidik yang berpengetahuan luas, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunkan modal insan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesional agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik yang dikasihi dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetuhuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkat ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan negara. Usaha murni yang berterusan oleh warga pendidik dalam melahirkan modal insan yang dihasratkan akan meningkatkan daya saing negara, melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan sekali gus menjadikan negara sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

        Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kini, pelaksanaan PPPM berada pada gelombang kedua
(2016-2020). KPM telah melaksanakan perubahan untuk mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem pendidikan negara. Sebagai pendidik kita harus menerima transformasi ini dengan minda terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan.

         Pembelajaran berkesan merupakan suatu proses mengumpulkan maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, para pendidik merancang dan melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 dapat memberi impak berganda kepada anak didik bagi melahirkan murid-murid lebih berfikiran kreatif dan kritis, komunikasi dan kolaboratif. Selain itu, pengintegrasi ICT dalam PdP dan pelbagai inovasi teknologi membolehkan murid-murid mengakses maklumat dalam masa singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah perlu melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru.

        Bagi melangkah ke hadapan, marilah kita bersama-sama merealisasikan kepimpinan instruksional yang berkesan di sekolah ini dengan melaksanakan pelan strategik yang menyeluruh, pengurusan kurikulum dengan sempurna, menjalankan sistem penilaian dan pentaksiran yang konstruktif serta membudayakan perkembangan profesional secara berterusan. Melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun diharapkan SMK (P) Methodist Kuala Lumpur akan bertambah cemerlang.

        Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Pengelola, PIBG, Alumni, JPW Kuala Lumpur, PPW Bangsar dan Pudu, dan warga sekolah dalam memberikan sokongan dan sumbangan terhadap sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dapat menymbang bakti pula kepada masyarakat dan negara. Penghargaan ini juga diberikan kepada barisan pentadbiran sekolah yang berjaya menghasilkan buku pengurusan ini sebagai rujukan seluruh warga sekolah. Semoga segala tugas diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Onward, Onward MGS

Archieved
Ucapan Pengetua Sebelum 
Pn. Rosemand > Klik